Kamis, 13 Maret 2014

Mayat Korban Kerusuhan Mesir Terlantar di masjid

Jumaat, 16 Ogos  2013 

Jasad Korban Kerusuhan Mesir (Foto: EPA) 
Mayat  Korban Kerusuhan Mesir (Foto: EPA)
KAHERAH – Warga Mesir menggunakan masjid untuk menyimpan mayat korban kerusuhan Mesir. Mereka tidak boleh membawa mayat mangsa ke rumah sakit kerana terbatasnya tempat.

“Bilik mayat tidak dapat menyerap semua mayat mangsa. Polis  menolak mengurus persyaratan untuk memasukkan mayat korban ke kamar mayat,” kata doktor Mesir, Hany Nawara, seperti dikutip Guardian, Jumaat (16/8/2013).

Kurangnya perawatan khusus membuat mayat mangsa yang disimpan di dalam masjid cepat  busuk. Pihak keluarga pun secara tergesa-gesa menguburkan korban tanpa memenuhi prosedur yang diperlukan.

“Pemerintah Mesir membuat keluarga korban sangat putus asa sehingga mereka menguburkan jasad korban tanpa menyatakan penyebab kematiannya terlebih dahulu,” lanjut Nawara.

Pemerintah Mesir menyatakan, paling sikit    638 orang terbunuh dalam kerusuhan yang terjadi pada Rabu Berdarah, 14 Ogos lalu. Jumlah kematian yang sebenarnya dipercayai lebih ramai  kerana pemerintah hanya menghitung jasad yang ada di rumah sakit.

Kerusuhan dipicu bentrokan antara pasukan keselamatan dengan penunjuk perasaan penyokong   Mohamed Morsi. Sebahagian besar mangsa korban   akibat menerima berondongan peluru pasukan keselamatan.
Selengkapnya...

Selasa, 11 Maret 2014

Kehilangan Ibu Michael Jackson Terjawab




Pada 22 Julai 2012 lalu, pihak Stesen televisyen CNN telah melaporkan bahawa ibu kepada bekas Legenda Pop Dunia, Michael Jackson telah didapati hilang. Katherine Jackson, 82 dikatakan hilang setelah gagal dihubungi oleh cucunya selama seminggu.
Namun begitu, tidak lama selepas berita kehilangan Katherine Jackson tersebar luas, seorang abang Michael Jackson telah tampil memberikan keterangan bahawa dakwaan kehilangan tersebut sama sekali tidak benar. Malah ibunya kini berada di Arizona kerana doktor menyarankannya untuk berehat. Menurut Katherine lagi, kini keluarganya terbabit dalam pertelingkahan mengenai hal ehwal kewangan dan perundangan.
Sejak kematian Michael Jackson tiga tahun lalu, ketiga-tiga anaknya telah tinggal bersama Katherine. Selain itu, menerusi surat wasiat sebelum kematian Michael, beliau turut menyebut bahawa Katherine merupakan salah seorang warisnya yang terdekat.
Legenda Pop Dunia, Michael Jackson, telah disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan UCLA, pada 25 Jun 2009 tahun lalu. Beliau telah meninggalkan tiga orang cahaya mata iaitu Prince Michael Joseph, Paris Michael dan Prince Michael II atau ‘Blanket’.
Sumber : Yahoo, Lirik Kami, Metro
Selengkapnya...

Senin, 10 Maret 2014

Rohana Kekal Sebagai Timbalan Naib Canselor UM


KUALA LUMPUR – Prof. Datuk Dr. Rohana Yusof dilantik semula sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaya (UM).

UM dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan pelantikan semula sebagai Timbalan Naib Canselor HEPUM itu berkuatkuasa 8 Ogos 2013 hingga 7 Ogos 2015.

“Pemangku Dekan dan Profesor di Jabatan Kejuruteraan Elektrik Fakulti Kejuruteraan, Prof. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan pula dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Pembangunan berkuatkuasa 1 September 2013 hingga 31 Ogos 2016.

“Beliau menggantikan Prof. Dr. Kurunathan Ratnavelu yang akan tamat tempoh berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor Pembangunan UM pada 30 Ogos ini,” kata kenyataan itu hari ini.

UM dalam kenyataan sama mengucapkan tahniah di atas pelantikan tersebut dan berterima kasih kepada Kurunathan Ratnavelu selama berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor Pembangunan UM.
Selengkapnya...

Minggu, 09 Maret 2014

Kanak Kanak Maut Dipatuk Ular Tedung

ULAR

BESUT – Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun lapan bulan maut selepas dipatuk seekor ular ketika sedang tidur dalam kejadian di rumahnya di Kampung Gong Ubi Keling, dekat Jabi di sini, malam Sabtu.
Kejadian dipercayai berlaku pukul 11.30 malam ketika Puteri Suhana Sata sedang tidur di ruang tamu rumah bersama ibu dan empat lagi adik-beradiknya.
Ibunya Zela Mohamad, 42, berkata kejadian disedari oleh anak sulungnya, Mohd Ruhaidi, 25 yang ternampak ular berkenaan di hujung kaki anak bongsunya itu.
“Kami baru sahaja tidur sementara Mohd Ruhaidi berada di dalam sebuah bilik untuk membuat kerja. Mohd Ruhaidi yang keluar daripada bilik untuk ke bilik air ternampak seekor ular hitam sepanjang hampir satu meter berhampiran kaki Puteri Suhana dan mengejutkan saya,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, dekat sini Ahad.
Katanya, beliau yang bangun dan memeriksa Puteri Suhana mendapati kaki anak bongsu daripada 11 beradik itu berdarah manakala ular terbabit yang dipercayai ular tedung sudah menyusur ke tepi dinding menuju ke bahagian dapur.
“Saya tengok ada dua kesan darah pada buku lali kiri anak yang masih tidur. Bila saya mengangkatnya barulah Puteri Suhana menjerit kesakitan,” katanya yang kemudian meminta bantuan saudara untuk menghantar anaknya ke Hospital Besut.
Menurutnya ketika kejadian, suaminya Sata Mahasan, 42, sedang bekerja di Kompleks Perikanan Tok Bali, Semerak, Kelantan.
“Semasa di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke hospital, Puteri Suhanameminta untuk menyusu badan namun tetapi dia tidak dapat menyusu akibat kesakitan sambil muntah-muntah,” katanya.
Menurut Zela itu adalah kali terakhir beliau mendengar suara anaknya.
Puteri Suhana disahkan meninggal dunia oleh doktor di unit kecemasan hospital, katanya menambah jenazah anaknya dikebumikan pagi Ahad. – BERNAMA
Selengkapnya...

Sabtu, 08 Maret 2014

Musa Hassan kini penasihat Majlis Keselamatan Pakatan


Malaysiakini Apr 29 2013  
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kini menyertai Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat sebagai penasihat ekoran berlakunya banyak insiden keganasan politik di seluruh negara ini akhir-akhir ini.

Dalam kenyataan bersama dengan Musa, bekas ketua turus tentera darat Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang juga calon Pakatan di Parlimen Johor Bahru berkata, beliau secara peribadi menawarkan jawatan itu kepada Musa.

johor bahru pkr anwar ceramah 020413 hashim hussein 2"Sebagai pihak yang menghabiskan sebahagian besar hidup kami melindungi dan berkhidmat kepada rakyat Malaysia untuk memastikan keselamatan dan keselamatan di negara kita, kami berharap keganasan politik tiada tempatnya lagi dalam proses demokrasi kita," kata Hashim (kanan).

Majlis itu ditubuhkan bagi tujuan mempermudah peralihan kuasa dan juga memastikan pilihan raya dijalankan dengan aman.
Selengkapnya...

Jumat, 07 Maret 2014

Nabil Ahmad Berjaga Jaga Selepas Kes Kecurian


MUNGKIN ada yang masih tidak tahu kereta Mitsubishi Lancer milik pelawak, Nabil Ahmad telah dipecahkan di bahagian tingkap dalam kes curi malam Isnin lalu.

Bagaimanapun, hanya sebuah beg galas sahaja yang didapati hilang dalam kejadian yang berlaku di Sungai Buloh itu.

Memetik laporan GUA, pada waktu itu, dia, isteri serta anaknya baru selesai menikmati makan malam di sebuah restoran rakannya.

Bagaimanapun, Nabil hanya perasan cermin belakang keretanya pecah hanya setelah dia mengundurkan kereta.

“Ini kali pertama kejadian sebegini berlaku pada diri saya dan saya akui ia silap saya juga. Saya tak patut tinggalkan beg di situ dan mungkin penjenayah ingat ada barang berharga dalam beg tersebut. Sebenarnya hanya ada baju dan pengecas telefon bimbit sahaja dalam beg tersebut.

Tapi nasib saya tak baik juga sebab kad pengenalan saya turut ada dalam beg berkenaan kerana saya baru balik dari gim petang itu. Apapun, saya bersyukur tiada perkara yang lebih buruk berlaku dan saya menghalalkan apa saja yang diambil penjenayah. Namun dia kena ingat, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua,” ujarnya.

Akibat kejadian itu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Damansara kerana risau penjenayah tersebut mengetahui tempat kediamannya melalui alamat rumah yang tertera pada kad pengenalan tersebut.

Syukurlah Nabil sekeluarga tidak berada di dalam kereta sewaktu kejadian. Sekarang ini jenayah semakin tak terduga. Leka sekejap, buruk padahnya.

Oleh: ELZA
Selengkapnya...

Kamis, 06 Maret 2014

Angry Birds dalam berbagai versi

Versi Star Wars


Versi Batman


Versi Harry Potter


Versi Loney Toons


Versi Super Heroes



Versi Spongebob


Versi Sesame Street
 

sumber
Selengkapnya...