Senin, 10 Maret 2014

Rohana Kekal Sebagai Timbalan Naib Canselor UM


KUALA LUMPUR – Prof. Datuk Dr. Rohana Yusof dilantik semula sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaya (UM).

UM dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan pelantikan semula sebagai Timbalan Naib Canselor HEPUM itu berkuatkuasa 8 Ogos 2013 hingga 7 Ogos 2015.

“Pemangku Dekan dan Profesor di Jabatan Kejuruteraan Elektrik Fakulti Kejuruteraan, Prof. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan pula dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Pembangunan berkuatkuasa 1 September 2013 hingga 31 Ogos 2016.

“Beliau menggantikan Prof. Dr. Kurunathan Ratnavelu yang akan tamat tempoh berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor Pembangunan UM pada 30 Ogos ini,” kata kenyataan itu hari ini.

UM dalam kenyataan sama mengucapkan tahniah di atas pelantikan tersebut dan berterima kasih kepada Kurunathan Ratnavelu selama berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor Pembangunan UM.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar