Tampilkan postingan dengan label kes. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kes. Tampilkan semua postingan

Jumat, 07 Maret 2014

Nabil Ahmad Berjaga Jaga Selepas Kes Kecurian


MUNGKIN ada yang masih tidak tahu kereta Mitsubishi Lancer milik pelawak, Nabil Ahmad telah dipecahkan di bahagian tingkap dalam kes curi malam Isnin lalu.

Bagaimanapun, hanya sebuah beg galas sahaja yang didapati hilang dalam kejadian yang berlaku di Sungai Buloh itu.

Memetik laporan GUA, pada waktu itu, dia, isteri serta anaknya baru selesai menikmati makan malam di sebuah restoran rakannya.

Bagaimanapun, Nabil hanya perasan cermin belakang keretanya pecah hanya setelah dia mengundurkan kereta.

“Ini kali pertama kejadian sebegini berlaku pada diri saya dan saya akui ia silap saya juga. Saya tak patut tinggalkan beg di situ dan mungkin penjenayah ingat ada barang berharga dalam beg tersebut. Sebenarnya hanya ada baju dan pengecas telefon bimbit sahaja dalam beg tersebut.

Tapi nasib saya tak baik juga sebab kad pengenalan saya turut ada dalam beg berkenaan kerana saya baru balik dari gim petang itu. Apapun, saya bersyukur tiada perkara yang lebih buruk berlaku dan saya menghalalkan apa saja yang diambil penjenayah. Namun dia kena ingat, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua,” ujarnya.

Akibat kejadian itu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Damansara kerana risau penjenayah tersebut mengetahui tempat kediamannya melalui alamat rumah yang tertera pada kad pengenalan tersebut.

Syukurlah Nabil sekeluarga tidak berada di dalam kereta sewaktu kejadian. Sekarang ini jenayah semakin tak terduga. Leka sekejap, buruk padahnya.

Oleh: ELZA
Selengkapnya...

Sabtu, 21 Desember 2013

Kes saman Lim Zainuddin Maidin mahu Karpal jadi peguamnya

Malaysiakini Sep 10 2013
   
Bekas menteri penerangan Tan Sri Sri Zainuddin Maidin yang berdepan saman oleh penasihat DAP Lim Kit Siang merayu bantuan dari seorang lagi tokoh parti tersebut, Karpal Singh untuk mewakilinya dalam kes berkenaan.

Zainuddin dalam tulisan di blog zamkata.bogspot.com menyebut, beliau merayu demikian tindakan saman Lim ke atasnya merupakan usaha untuk mengugut dan menutup mulutnya.

NONEKatanya, beliau juga memohon bantuan Karpal kerana tokoh DAP tersebut seorang yang berpegang pada prinsip demokrasi.

Ironinya, Karpal bertindak bagi pihak Lim dalam kes tersebut.

Lim mengemukakan surat tuntutan semalam kepada Utusan Malaysia dan bekas timbalan menteri Mohd Puad Zarkashi, susulan dakwaan bahawa Lim kencing di satu tiang bendera dalam 1969, yang mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei.

Mengulas tuntutan tersebut, bekas pengarang kumpulan Utusan Malaysia itu berkata tindakan Lim itu “mencemarkan” nama baiknya.

“Apa yang saya maksudkan ialah kejadian itu adalah hasil dari tindakan, ucapan dan kenyataan demi kenyataan pemimpin-pemimpin DAP yang bersifat menghasut, agresif dan provokatif dalam mempromosikan konsep Malaysian Malaysia yang diwarisi dari PAP”.

“Hal ini telah membakar perasaan rakyat Malaysia dan menyebabkan mereka merasa terancam dan tidak lagi selamat berada di bawah Perlembagaan Persekutuan.
"Jika Lim Kit Siang mahu melihat semua ucapannya yang bersifat demikian, boleh saya tunjukkan kerana ada dalam simpanan saya,” katanya.

Zainuddin berkata tulisannya pada 3 September tidak menuduh Lim kencing di satu tiang bendera, tetapi mengatakan dia telah melihat penyokong DAP berarak dalam trak dan menjerit Melayu balik kampung!.
Katanya slogan itu dilaungkan di kawasan-kawasan majoriti Melayu di Kampung Baru dan Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

"Mereka membawa dan mengangkat penyapu. Mereka berani berbuat demikian kerana Lim terlalu terus terang , dan ini membuat orang Melayu bertambah agresif," katanya.
Gambar Lim telah dimuat naik ke laman Facebook rasmi Tanda Putera dengan keterangan bahawa Lim telah kencing di satu tiang bendera di halaman rumah Datuk Harun Idris, menteri besar Selangor pada masa itu.

Gambar berkenaan bagaimanapun dipadam dan pengarah tersebut mendakwa ia dimuatkan oleh seorang peminat.

Filem berkenaan juga tetap memuatkan babak sekumpulan belia  Cina kencing di tiang bendera dan seterusnya digambarkan menimbulkan kemarahan orang Melayu dalam filem terbabit.
Selengkapnya...